Tinjauan PKPB

No Image Caption
A
A
A
Pergerakan ekonomi sekitar ibu kota kelihatan perlahan berikutan banyak kedai-kedai tidak dibuka akibat kurang pengunjung ketika tinjauan sekitar ibu kota, hari ini. Susulan pengurangan kes jangkitan COVID-19 di beberapa negeri, kerajaan membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri. Langkah itu dilakukan setelah mempertimbangkan impak semasa dan jangkaan kesan terhadap pemulihan ekonomi yang terpaksa dihadapi sekiranya PKPB terus dilaksanakan.

Dijangkakan KDNK negara akan kerugian sebanyak RM300 juta sehari jika PKPB terus dilaksanakan dan ini sekali gus akan mengakibatkan kemerosotan pasaran buruh dan penurunan perbelanjaan isi rumah, peningkatan ketidaktentuan pelaburan, kehilangan pekerjaan tetap, penutupan perniagaan dan kesan lain sama ada secara langsung atau tidak. Sementara itu, Kuala Lumpur dan Selangor masih dilanjutkan PKPB sehingga 20 Disember berikutan peningkatan kes COVID-19 kecuali bagi daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang akan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan

No Image Caption
GALERI

Squid Game di MRT Ampang Park

No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland