Penyakit misteri di India masih jadi tanda tanya
NEW DELHI - Pihak berkuasa kesihatan India telah menemui nikel dan plumbum dalam beberapa sampel yang diperoleh daripada ratusan pesakit yang dimasukkan ke hospital di sebuah negeri selatan kerana diserang penyakit misteri.
Kerajaan negeri Andhra Pradesh memaklumkan siasatan dilakukan pakar All India Institute of Medical Sciences bagaimanapun masih tidak dapat menentukan sumber partikel logam berat jenis nikel dan plumbum yang ditemui secara berlebihan pada darah kebanyakan pesakit.
Difahamkan, ia masih menunggu keputusan ujian lain termasuk laporan toksikologi dan kultur darah yang dilakukan pakar di Institut Teknologi Kimia India.
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 140 alami penyakit misteri
Sehingga kini, penyakit misteri itu telah mencetuskan tanda tanya banyak pihak walaupun lebih 500 pesakit sudah dibenarkan discaj.
Semalam, jumlah pesakit dikatakan telah menurun dengan mendadak selepas satu kematian dan lebih 580 pesakit diwadkan sejak Sabtu lalu.
Kebanyakan pesakit menunjukkan simptom mual, diserang sawan, sakit kronik malah ada yang tidak sedarkan diri.
Kesemua pesakit turut menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusan mereka adalah negatif selain menjalani pemeriksaan penyakit lain seperti denggi, chikugunya dan herpes. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!