Mayat bayi dalam kebun sawit
SEKINCHAN - Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam bungkusan beg plastik di kebun sawit belakang sebuah rumah di Kampung Tali Air 11 Pasir Panjang, Sekinchan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, seorang wanita yang menemui mayat bayi yang masih bertali pusat itu kemudian menghubungi polis.
"Polis kini masih menyiasat kes berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!