'Hanya Sukpa zon merah, bukan Kuantan'

Mohd Zairasyahli Shah Zakaria
Mohd Zairasyahli Shah Zakaria
A
A
A

KUANTAN - Penduduk Kuantan dinasihatkan tidak menimbulkan persepsi negatif berhubung penempatan pesakit positif Covid-19 di Stadium Sukan Pahang (Sukpa) di sini kerana Kuantan bukan zon merah.

Pengarah Majlis Keselamatan Negera (MKN) Negeri Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, hanya Sukpa digazetkan sebagai zon merah manakala kawasan berhampiran gimnasium dekat Sukpa digazet sebagai zon kuning.

"Kita perlu betulkan persepsi masyarakat bahawa Kuantan bukan zon merah. Kita akan memastikan tahap keselamatan di sini dikawal rapi dan pesakit tidak bolos.

Sukpa dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) bagi menempatkan pesakit bukan warganegara berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus.
Sukpa dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) bagi menempatkan pesakit bukan warganegara berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus.

"Kita faham bahawa semua ada keluarga di sini dan mahu menjaga keselamatan. Anggota polis akan sentiasa memastikan keselamatan terjamin," katanya pada sidang akhbar mengenai kebimbangan penduduk selepas keputusan Sukpa dijadikan pusat kuarantin positif Covid-19 di Indera Mahkota di sini hari ini.

Hadir sama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang Datuk Abd Rahim Muda.

Tinjauan pemberita di Sukpa pagi ini mendapati anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melaksanakan proses sanitasi di seluruh kawasan itu manakala pihak polis melakukan pemantauan tahap keselamatan.

Mohd Zairasyahli Shah berkata, seramai 141 pesakit positif Covid-19 dari Genting Highlands dijangka tiba kira-kira jam 5 petang ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya kesemua mereka akan menaiki lima bas dan dua van diiringi pasukan keselamatan yang akan memastikan kelancaran perjalanan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang pagar kawad duri bagi mengelakkan pesakit warga asing daripada meloloslan diri
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang pagar kawad duri bagi mengelakkan pesakit warga asing daripada meloloslan diri

Sementara itu, Abd Rahim turut menasihati masyarakat supaya tidak bimbang kerana polis dibantu pasukan keselamatan lain akan memantau dan memastikan kawasan Sukpa tidak diceroboh pihak lain.

"Segala kemudahan yang ada di sini memenuhi kehendak MKN. Saya dapati kawalan keselamatan juga tinggi dan terjamin," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Stadium Sukpa jadi PKRC untuk pesakit Covid-19 bukan warganegara

Semalam, Sinar Harian melaporkan Sukpa dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) bagi menempatkan pesakit bukan warganegara berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus.

Pemilihan kerana berdekatan dengan hospital dan memudahkan pergerakan doktor pakar untuk berulang-alik merawat pesakit selain lokasinya yang strategik untuk kawalan keselamatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!