Pantau aktiviti pencerobohan hutan
11 Disember 2020 01:56pm
Masa membaca: 4 minit
Hutan Simpan Kekal (HSK) Chabang Tongkat berlaku aktiviti pencerobohan pembalak haram dalam skala kecil melibatkan penduduk tempatan yang menebang balak berdasarkan permintaan. - Foto Bernama
Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah (kiri) melihat anggotanya dari unit dron Mohd Shahril Yusop (tengah) menerbangkan dron bagi memantau aktiviti pencerobohan hutan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Chabang Tongkat, hari ini. - Bernama
Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah melihat pemandangan dari udara yang diambil menggunakan dron milik Jabatannya bagi memantau aktiviti pencerobohan hutan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Chabang Tongkat, hari ini. - Foto Bernama
Jabatan Perhutanan Kelantan menggunakan dron bagi memantau aktiviti pencerobohan hutan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Chabang Tongkat, hari ini.
Jabatan itu mengakui penggunaan dron amat efektif dalam memantau aktiviti pencerobohan hutan terutamanya di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini.
Ia sudah dimulakan pada beberapa tahun yang lalu dan terbukti dapat mengesan kegiatan pembalakan haram malah berjaya menghalang pembalakan secara berleluasa. - Foto Bernama