Hamas kutuk hubungan diplomatik Israel-Maghribi
BANDAR GAZA - Hamas iaitu kumpulan Islam yang mengawal Genting Gaza mengutuk perjanjian antara Maghribi dan Israel untuk menormalkan hubungan dan menganggapnya sebagai satu dosa politik.
"Ia merupakan satu dosa politik yang tidak mengutarakan punca masalah Palestin dan menggalakkan pendudukan (Israel) untuk diteruskan bagi menafikan hak penduduk kami," kata jurucakap Hamas, Hazem Qassem kepada AFP.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan Israel dan Maghribi menjalin hubungan diplomatik dan merupakan negara Arab keempat berbuat demikian dengan negara Yahudi.
Sebelum ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel apabila Trump mengumumkan perkara tersebut.
Dalam pada itu, Presiden Mesir, Abdul Fatah al-Sisi hari ini memuji perjanjian antara Israel dan Maghribi untuk menormalkan hubungan.
"Saya mengikuti dengan penuh minat perkembangan yang signifikan antara Maghribi dan Israel tentang menormalkan hubungan mereka di bawah pemerhatian AS," kata Sisi menerusi Twitter.
"Saya percaya ini merupakan satu langkah penting untuk mengekalkan lebih banyak kestabilan dan kerjasama di rantau kami," tambahnya.
Mesir sendiri menjalin hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!