Lagu Cik B raih 3 juta tontonan di YouTube
KUALA LUMPUR- Anak jutawan kosmetik popular, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B berjaya menambat hati peminatnya apabila single pertamanya berjudul Tolonglah meraih lebih 3.2 juta tontonan di YouTube.
Lagu ciptaan bersama Cik B dan ibunya, Datuk Seri Vida itu turut mengungguli carta 'trending' dengan lagu genre 'dark emo rap'.
Diilhamkan menerusi kisah hidupnya sendiri, pembikinan video lagu tersebut dilakukan di rumah dan gudang sambil dibantu oleh kakitangan Wisma Vida Beauty.
“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di dera oleh pembantu rumah, kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.
“Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini walaupun ada yang tidak percaya, saya bukan macam anak orang kaya lain, saya dikurung, depresi dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN Tolonglah Cik B
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!