Warisan akan lebarkan sayap ke Semenanjung

Mohd Azis ketika berucap Majlis Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Wira dan Wirawati di Dewan Hakka Kota Kinabalu.
Mohd Azis ketika berucap Majlis Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Wira dan Wirawati di Dewan Hakka Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) akan melebarkan sayapnya ke Semenanjung untuk mengembangkan prinsip 'unity' atau perpaduan yang diketengahkan parti itu.

Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu memperlihatkan bahawa ia mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk rakyat dari Semenanjung.

"Persidangan kali ini biar menjadi titik tolak untuk mereka bangkit dan pastikan agar suara perubahan tidak dipadamkan kerana perjalanan masih jauh," katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Wira dan Wirawati di Dewan Hakka Kota Kinabalu hari ini.

Mohd Azis berkata, beliau berharap perkara itu dibawa ke peringkat Pusat agar dapat dipertimbangkan supaya parti ini dan perpaduan yang diketengahkan dalam PRN lalu dibawa ke Semenanjung.

"Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi, ada di kalangan rakan-rakan kita tertanya-tanya adakah ia baik jika kita mengembangkan sayap kita ke Semenanjung," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua dalam ucapan perasmian berkata, beliau mahu memperkasakan belia dan wanita kerana ia adalah tunjang negara.

Beliau yang mewakili Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking turut meminta sayap di setiap Bahagian tidak berputus asa dan menganggap kekalahan dalam PRN Sabah baru-baru ini adalah proses pembersihan dalam parti itu.

"Kita anggap parti ini dalam proses pembersihan, ada yang meninggalkan parti menyertai parti sebelah. Ada yang meninggalkan parti dengan alasan mahu berehat, tetapi dalam lubuk hati mereka kita tahu bahawa mereka telah putus asa.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi saya yakin, pejuang yang duduk di hadapan ini tidak akan berputus asa dan bersama pimpinan Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemudi kapal Warisan kita," katanya.

Terdahulu, persidangan itu turut dilakukan secara maya dengan sayap Bahagian di seluruh Sabah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!