Lapor polis jika benar ada bunyi ketukan misteri di Terengganu

Dakwaan tentang misteri ketukan pintu yang tular di media sosial sejak semalam.
Dakwaan tentang misteri ketukan pintu yang tular di media sosial sejak semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu masih belum menerima sebarang laporan daripada orang awam berkaitan misteri ketukan pintu yang didakwa berlaku di sekitar Kuala Terengganu, sebagaimana tular di media sosial sejak, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, individu yang terlibat diminta tampil membuat laporan sekiranya benar dakwaan itu.

Roslee
Roslee

“Setakat ini tiada laporan yang diterima. Jika ada berlaku, saya minta individu berkenaan tampil membuat laporan polis. Maklum kepada polis ia berlaku di kawasan mana, bila dan jam berapa.

“Polis akan hantar kereta peronda atau URV (Unit Rondaan Bermotosikal) untuk membuat rondaan. Jika ada, kita nak tahu siapa yang bertanggungjawab dan apa motifnya mereka ketuk pintu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi gangguan ketukan pintu misteri

Misteri ketukan pintu di Negeri Sembilan adalah palsu

Isu gangguan ketukan pintu selesai: Polis

Artikel Berkaitan:

Sejak semalam, tular di media sosial berkaitan misteri ketukan pintu yang didakwa berlaku di beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Selangor dan Johor sebelum ini.

Mengulas mengenai kaitan ia adalah salah satu taktik penjenayah, Roslee bagaimanapun berkata, mungkin ia lebih kepada tindakan nakal individu tidak bertanggungjawab yang hanya main-main atau sengaja ingin menakut-nakutkan orang ramai.

“Jika benar ia berlaku, saya melihat ia lebih kepada main-main dan nak takut-takutkan orang ramai. Tapi, perlu diingat, mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegusaran kepada orang awam.

“Individu atau pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atau Seksyen 13(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!