Polis nafi PKPD dilaksana di Selangor bermula hari ini
SHAH ALAM - Polis menafikan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan serta-merta di semua pintu masuk dan keluar negeri ini bermula hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya mendapati penularan berita palsu dengan berlatar belakang siaran berita televisyen tempatan.
"Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Noor Azam berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih.
"Perbuatan penyebaran sebegini boleh menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan boleh menggugat ketenteraman awam," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!