Kematian akibat Covid-19 seluruh dunia cecah 1.6 juta
NEW YORK - Jumlah kematian akibat Covid-19 seluruh dunia mencapai angka 1.6 juta semalam.
Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kematian meningkat kepada 1,600,807, dengan jumlah kumulatif kes positif di seluruh dunia melebihi 71.4 juta kes.
Amerika Syarikat kekal sebagai negara yang paling teruk dilanda, dengan 15,939,022 kes dan 296,656 kematian, menyumbang lebih daripada 18 peratus daripada jumlah kematian dunia.
Brazil mencatat 180,437 kematian dan India mempunyai kematian ketiga terbesar di dunia sebanyak 142,628 dan jumlah kes kedua terbesar melebihi 9.8 juta.
Negara-negara lain dengan lebih 50,000 kematian juga termasuk Mexico, Britain, Itali, Perancis dan Iran.
Kematian akibat Covid-19 global mencapai jumlah 1 juta pada 28 September lalu, dan sejak itu meningkat pada kadar yang lebih cepat daripada sebelumnya. - Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!