'Saya tak dengar lagi ada rombakan Kabinet'

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan kaligrafi cina semasa hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini.Foto: Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan kaligrafi cina semasa hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini.Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menerima sebarang berita mengenai rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebarang keputusan perubahan Kabinet harus diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itu kena tanya Perdana Menteri sebab saya tidak dengar lagi nak rombak Kabinet," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan sebuah blog semalam yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu selepas Tahun Baharu Cina.

Menerusi catatan blog itu juga, desas desus pelantikan Azmin itu dikuatkan lagi apabila Dr Mahathir desas memberikan pelbagai tugasan penting kepada Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!