Op Selat: Lapan pegawai Imigresen dituduh esok dan Rabu
PUTRAJAYA - Seramai lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Op Selat bulan lalu akan didakwa secara berasingan di enam negeri pada esok dan Rabu ini.
Menurut sumber, masing-masing dua pegawai Imigresen akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan di Mahkamah Sesyen Johor, Johor Bahru esok.
"Dua lagi iaitu masing-masing seorang di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka.
"Seorang daripada mereka pula akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, kesemua mereka akan dituduh atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia.
Pada 16 November lalu, SPRM melaksanakan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara.
ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan pegawai imigresen, tiga ejen, rampas empat kereta mewah
Pegawai kanan, dua anggota Jabatan Imigresen ditahan
Sindiket cop palsu: Tiga lagi ditahan
Cap palsu sempadan: SPRM kesan dua individu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!