Pengunjung pusat beli-belah mula bertambah

Para pengunjung kelihatan bergambar di sebuah pusat beli-belah yang dihiasi hiasan bertemakan Krismas. Foto Bernama
Para pengunjung kelihatan bergambar di sebuah pusat beli-belah yang dihiasi hiasan bertemakan Krismas. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa pusat membeli-belah kini mula menerima kunjungan orang ramai susulan kebenaran rentas daerah yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

Menerusi tinjauan Sinar Harian, mendapati orang ramai dilihat menggunakan kesempatan cuti hujung minggu bagi meluangkan masa bersama keluarga masing-masing di sana.

Tidak kurang dengan itu, ada juga di kalangan ibu bapa dilihat membawa anak-anak mereka membeli barangan kelengkapan sekolah untuk digunakan pada tahun hadapan.

Menurut seorang pekerja di kedai barangan aksesori, Siti Nurzaihan Iskandar, 29, berkata, bilangan pengunjung di pusat membeli-belah berkenaan mulai bertambah sejak pengumuman kerajaan tersebut dan perkembangan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan buat peniaga di sini.

"Walaupun bilangan pengunjung tidak seramai kebiasaan, namun jumlah kehadiran yang semakin meningkat dan agak memberi kelegaan buat kami," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, salah seorang pengusaha barangan perhiasan, Mohd Azharuddin Azhar, 45, berkata, banyak peniaga telah gulung tikar sebelum ini ekoran gagal menjana pulangan keuntungan susulan arahan larangan pergerakan tersebut.

Beberapa pusat membeli belah kini mula menerima kunjungan orang ramai susulan kebenaran rentas daerah yang diumumkan kerajaan sebelum ini. Foto Bernama
Beberapa pusat membeli belah kini mula menerima kunjungan orang ramai susulan kebenaran rentas daerah yang diumumkan kerajaan sebelum ini. Foto Bernama

Katanya, kelonggaran diberikan itu dapat membantu pengusaha dan peniaga untuk bertapak semula walaupun bakal berdepan cabaran besar selepas ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami alami kerugian amat teruk dan disebabkan itulah bila kerajaan buat pengumuman tersebut, ia sememangnya amat disambut baik," katanya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung yang ditemui, Muhammad Zafrul Mohd Isa, 34, berkata, beliau menggunakan kesempatan cuti hujung minggu ini dengan meluangkan masa berjalan bersama keluarga di pusat membeli belah terbabit.

Menurutnya, bagaimanapun, beliau dan isteri sentiasa berjaga-jaga dan mengingatkan anak-anak mereka agar berwaspada dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka serta cecair pembasmi kuman ketika berada di luar.

"Walaupun risau dengan situasi Covid-19 di Selangor, kita tetap perlu menjalani kehidupan seperti biasa dan langkah menangani permasalahan ini adalah dengan mengingatkan ahli keluarga agar sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 7 Disember lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!