Tempoh kuarantin dipendekkan kepada 10 hari mulai esok

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa esok, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman.

"Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin.

“Kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan," menurutnya dalam kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, beberapa negara telah menyemak semula tempoh kuarantin wajib masing-masing.

"United Kingdom, Jerman dan Belgium telah menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari, manakala Perancis pula telah mengambil tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari," katanya. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!