AmanahRaya kemuka pelan perbaiki defisit dana

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) mengemukakan Pelan Pemulihan Dana bagi memperbaiki prestasi defisit dana akibat pelaburan dalam pembelian aset tidak mudah tunai.

AmanahRaya dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan pihaknya telah ambil maklum berkenaan kandungan Laporan Ketua Audit Negara 2019 berkaitan pihaknya yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) baru-baru ini.

Menurutnya, AmanahRaya kini dalam proses pemulihan dan proses tersebut akan mengalami kelewatan disebabkan pandemik Covid-19.

“AmanahRaya yakin bahawa pelan tersebut mampu menyusutkan nilai defisit sebanyak RM400 juta dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, AmanahRaya menjelaskan, pengiraan defisit dana dalam Laporan Kewangan Syarikat adalah berdasarkan nilai saksama berbanding nilai buku kerana pelaporan perlu mematuhi Standard Pelaporan Entiti Swasta Malaysia (MPERS) pada tahun 2008.

Katanya, nilai tersebut dilihat meningkat lebih ketara kerana terdapat ketidakstabilan pulangan dalam pelaburan ekuiti akibat penurunan indeks pasaran KLCI selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“AmanahRaya menjangkakan defisit dana akan susut sebanyak RM100 juta apabila pertumbuhan ekonomi kembali positif.

“Penyusutan defisit akan menjangkau sehingga RM500 juta dalam tempoh dua hingga tiga tahun dan dijangka pulih sepenuhnya menjelang 2025,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!