Paip pecah: Bekalan air dijangka pulih jam 12 tengah hari ini

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan memaklumkan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24 yang dilaksanakan semalam telah siap sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.

Berikutan itu, Air Selangor berkata, bekalan air di kawasan terjejas iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 telah mula disalurkan sejak jam 6.30 pagi tadi.

"Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor atau merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami," katanya.

Semalam, Air Selangor mengeluarkan notis bagi memaklumkan mengenai gangguan bekalan air berkenaan di beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam susulan insiden paip pecah tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!