Dron musnahkan 100 sarang tebuan

Dron musahkan sarang tebuan di bandar Chongqing. Foto AP
Dron musahkan sarang tebuan di bandar Chongqing. Foto AP
A
A
A

CHONGQING - Sebanyak 100 sarang tebuan berjaya dimusnahkan menggunakan teknologi dron di daerah Zhong, berhampiran bandar Chongqing.

Penggunaan dron yang telah diubah suai menjadi alat pembakar dengan kos £ 9,200 (RM49,646) itu mendapat kerjasama sekumpulan sukarelawan dari Blue Sky Rescue, sebuah organisasi kemanusiaan bersama penduduk kampung di daerah Zhong.

Menurut laporan Daily Mail, kumpulan sukarelawan itu mengumpul 80,000 yuan (£ 9,200) untuk membeli dron itu lalu memasang tangki kecil bagi mengisi petrol dan satu nozel panjang.

Terdapat rakaman video yang dikeluarkan oleh Blue Sky menunjukkan pekerja penyelamat sedang menyiapkan enam dron sebelum ia terbang dan memusnahkan sarang tebuan.

Video itu menunjukkan dron terbang ke arah sarang sebelum pengendali menekan suis pencucuh dan nozel mengeluarkan api seakan letupan ke arah sarang.

Abu yang terbakar dari sarang tebuan secara beransur-ansur jatuh dan penduduk sekitar bandar itu memuji kecekapan pasukan penyelamat, menurut sebuah artikel tempatan.

Penerbitan itu juga memberitahu seorang penduduk mengucapkan terima kasih kepada Blue Sky kerana membantu penduduk yang bimbang dengan kehadiran ratusan tebuan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!