BIMB Holdings melangkah ke arah penyenaraian Bank Islam

No Image Caption
A
A
A

BIMB Holdings Berhad (BHB) mengumumkan akan meneruskan usaha penstrukturan semula kumpulannya yang akan membuka nilai signifikan bagi pemegang saham dan memindahkan status penyenaraiannya kepada anak syarikatnya, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam).

Dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia Securities Berhad mengenai cadangan pelaksanaan tersebut, BHB memaklumkan pihaknya telah mendapat persetujuan daripada Menteri Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung cadangan penyusunan semula dalaman dan agihan serta pembayaran balik modal.

Setelah muktamad cadangan pelaksanaan tersebut, status penyenaraian BHB akan dipindahkan ke Bank Islam yang akan muncul sebagai satu-satunya institusi kewangan Islam lengkap yang tersenarai di rantau ini dan sekali gus meningkatkan kedudukan korporatnya.

Penyenaraian itu akan membolehkan Bank Islam memperkukuh kedudukannya dalam pasaran kewangan dan pasaran modal Islam dengan lebih baik dan memanfaatkan pertumbuhannya dalam usaha mengembangkan asas pelanggannya.

Penasihat utama untuk cadangan pelaksanaan ini adalah Maybank IB.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!