Ahli Parlimen Parit nafi sokong Anwar

Kenyataan penafian Mohd Nizar turut dimuat naik ke dalam Facebook miliknya.
Kenyataan penafian Mohd Nizar turut dimuat naik ke dalam Facebook miliknya.
A
A
A

IPOH - Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria menafikan dakwaan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, tiada sebarang akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani menyokong ketua pembangkang itu seperti dakwaan yang tular.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa saya terlibat dalam polemik ini. Sebagai seorang Ahli Parlimen UMNO, saya sentiasa berpegang kepada prinsip serta sentiasa akur kepada segala arahan dan keputusan yang telah dibuat oleh UMNO.

"Dari dahulu hingga sekarang, saya tetap setia kepada parti serta akan terus berpegang teguh kepada pendirian UMNO dan Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Penafian itu dibuat berikutan laporan sebuah televisyen swasta hari ini mendakwa Presiden PKR itu telah meraih SD dalam kalangan ahli Parlimen termasuk 10 daripadanya membabitkan dari UMNO.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin turut menyangkal dakwaan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Kimanis nafi sokong Anwar

PENAFIAN SOKONGAN SD KEPADA ANWAR IBRAHIM 1. Merujuk Satu Artikel Yang Tular Mengenai Khabar Angin Kononnya 10 Orang...

Artikel Berkaitan:

Posted by Nizar Zakaria on Sunday, December 13, 2020

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!