'Tak sangka semalam jadi pertemuan terakhir'

Mayat mangsa ditemui di hulu Sungai Duyong kira-kira jam 2 petang tadi.
Mayat mangsa ditemui di hulu Sungai Duyong kira-kira jam 2 petang tadi.
A
A
A

MELAKA - Seorang abang tidak menyangka semalam merupakan pertemuan terakhir bersama adiknya selepas adiknya ditemukan lemas di hulu Sungai Duyong, di sini petang tadi.

Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Khairi berkata, ketika pertemuan itu adiknya, Allahyarham Muhammad Sidek Abd Karim, 29, memberitahu tidak mahu terus menyusahkan ibu mereka dan adik-beradik lain yang banyak membantunya menjalani rawatan sebagai pesakit mental.

Menurut Khairi, adiknya rajin mengaji al-Quran dan banyak masanya hanya duduk di rumah dan tidak mengganggu orang lain.

"Namun sejak terlibat dalam kemalangan tujuh tahun lalu hingga mengalami pendarahan, kesihatannya adik yang juga anak keempat dari lima beradik mula terjejas," katanya.

Katanya, ketiadaan Muhammad Sidek kira-kira jam 4.30 pagi di rumah menyebabkan Khairi tidak sedap hati dan mengambil keputusan mencari adiknya sebelum ternampak motosikal dan selipar berhampiran jambatan Sungai Duyong.

"Saya khuatir adik terjatuh ke dalam sungai dan kami membuat laporan polis di Balai Polis Kandang," katanya.

Mayat Muhammad ditemui kira-kira jam 1.50 petang dalam keadaan tertiarap dan tersangkut pada pokok bakau oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama beberapa agensi lain dan orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan kejadian itu dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan:

Pengecaman dan pengesahan mayat telah dilakukan abang mangsa di tempat mayat dijumpai.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!