Bangga saiz pinggang 16 inci

Gambar kiri, keadaan Sam sebelum memiliki pinggang ideal. Gambar kanan, Sam gembira miliki pinggang idamannya bersaiz 16 inci ketika memakai korset. - Foto Instagram Sam
Gambar kiri, keadaan Sam sebelum memiliki pinggang ideal. Gambar kanan, Sam gembira miliki pinggang idamannya bersaiz 16 inci ketika memakai korset. - Foto Instagram Sam
A
A
A

TBILISI - Seorang wanita di Tbilisi, Georgia menghabiskan selama dua tahun menggunakan korset untuk mendapatkan pinggang langsing impiannya.

Sammy Wilson, 26, berkata ketika memakai korset, pinggangnya boleh mengecil daripada 22 inci kepada 16 inci, lapor Daily Star.

Menurutnya, dia sering memakai korset bersaiz 18 inci setiap hari termasuk ke tempat kerja.

"Saya telah mencapai sasaran untuk pinggang idaman iaitu bersaiz 16 inci tetapi saya berusaha untuk mencapai saiz 15 inci," jelasnya.

Walaupun kelihatan menyakitkan tetapi menurut Sam, korset yang dipakainya selesa kecuali membeli korset yang tidak sesuai.

Sam gembira miliki pinggang idamannya bersaiz 16 inci ketika memakai korset. - Foto Instagram Sam
Sam gembira miliki pinggang idamannya bersaiz 16 inci ketika memakai korset. - Foto Instagram Sam

Sam mengakui dia ditinggalkan suami kerana penampilannya tidak seperti wanita normal dan pinggang bersaiz terlalu kecil.

"Saya mempunyai suami tetapi dia sudah meninggalkan saya kerana tidak menyukainya (pinggang), " katanya.

Artikel Berkaitan:

Umum mengetahui, pemegang rekod dunia memiliki pinggang terkecil adalah Cathie Jung dari Amerika Syarikat.

Wanita itu mempunyai pinggang ideal 21 inci dan ketika memakai korset bersaiz 15 inci.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!