Dua maut, kereta dinaiki terbakar

Pasukan bomba masih menjalankan operasi mengeluarkan mangsa. Gambar kecil: Norizham Mohd Nudin
- Foto Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Pasukan bomba masih menjalankan operasi mengeluarkan mangsa. Gambar kecil: Norizham Mohd Nudin - Foto Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia.
A
A
A

KAJANG - Dua maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6.9 Lebuhraya Kajang Silk, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Peenyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5.46 petang.

“Sepasukan sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi. Kereta jenis BMW yang dinaiki mangsa dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan, kemudian terbakar.

“Kereta tersebut terbakar 90 peratus, mangsa tersepit di dalam kenderaan, kita masih dalam operasi mengeluarkan mangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!