Kemalangan maut: Polis kenal pasti seorang mangsa

Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
A
A
A

KAJANG - Polis telah mengenalpasti seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam kemalangan di kilometer 6.9 Lebuhraya Kajang Silk di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, salah seorang mangsa merupakan wanita berusia 65 tahun berasal dari Taman Anggerik Emas, di sini.

“Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke unit Forensik Hospital Sedang untuk bedah siasat dan mendapatkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenalpasti identiti mangsa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut, kereta dinaiki terbakar

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, kereta jenis BMW yang dinaiki kesemua mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri dan terbakar.

“Ketika kejadian, kenderaan tersebut dari arah Balakong menghala ke arah Sungai Long, sampai di lokasi kejadian pemandu kereta dipercayai hilang kawalan.

“Semasa kejadian terdapat tiga orang dalam kereta tersebut dan kesemua mereka rentung dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat,” katanya.

Beliau berkata, kereta tersebut telah dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk pemeriksaan nombor casis kenderaan dan pemeriksaan Puspakom.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga sedang mengenalpasti waris mangsa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987, iaitu memandu kenderaan secara melulu menyebabkan kematian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!