DBKL perkenal sistem baharu tanpa tunai sejak Oktober lalu

Antara kenderaan yang diambil tindakan selepas tidak membayar parkir sekitar ibu kota.
Antara kenderaan yang diambil tindakan selepas tidak membayar parkir sekitar ibu kota.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan pengguna untuk menggunakan kaedah bayaran caj tempat letak kereta tepi jalan menggunakan aplikasi atau e-kupon.

Unit Media DBKL menerusi kenyataan di Facebook berkata, pelaksanaan sistem baharu tanpa tunai itu dilaksanakan sejak Oktober lalu.

Menurutnya, tempoh tersebut dianggap sudah memadai dan mencukupi buat pengguna menyesuaikan diri dengan kaedah baharu itu.

"Namun masih ada yang alpa atau sengaja mengambil sikap sambil lewa.

"Tindakan penguatkuasaan kini dikenakan terhadap mereka yang culas untuk membayar caj tempat letak kereta yang telah ditetapkan," menurut kenyataan berkenaan hari ini.

Menurut kenyataan sama, tindakan tersebut akan teruskan bagi memastikan pematuhan oleh pengguna.

Pengguna boleh melayari portal DBKL di www.dbkl.gov.my untuk mendapatkan senarai ejen-ejen e-kupon.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!