Dua beradik selamat daripada dihanyutkan air deras dalam parit

Anggota bomba menyelamatkan Mohd Akif yang dihanyutkan dalam parit di Taman Tangkak Jaya, Tangkak hari ini.
Anggota bomba menyelamatkan Mohd Akif yang dihanyutkan dalam parit di Taman Tangkak Jaya, Tangkak hari ini.
A
A
A

TANGKAK - Dua beradik terselamat daripada dihanyutkan air deras dalam sebuah parit di Taman Tangkak Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 3 petang, Mohd Akif Nazir, 8, dan adiknya, Mohd Aidan Nazir, 4, sebelum itu bermain di tepi parit.

Bagaimanapun selipar Mohd Aidan dihanyutkan air sebelum dia dibantu abangnya cuba mendapatkannya semula.

Kedua-dua beradik tersebut tergelincir namun seorang penduduk setempat yang melihat kejadian tersebut sempat menyelamatkan Mohd Aidan.

Mohd Akif pula dihanyutkan air deras sebelum penduduk menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak untuk bantuan.

Parit di Taman Tangkak Jaya, Tangkak iaitu tempat dua beradik itu terjatuh.
Parit di Taman Tangkak Jaya, Tangkak iaitu tempat dua beradik itu terjatuh.

Seramai 10 anggota BBP Tangkak dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah ambulans dan satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, operasi mencari Mohd Akif dilakukan dan dalam masa kira-kira setengah jam kemudian kanak-kanak itu ditemukan.

Artikel Berkaitan:

"Kita temukan budak tersebut dalam keadaan selamat pada jam hampir jam 4 petang. Mohd Akif dijumpai pada jarak 400 meter dari lokasi yang dilaporkan hilang. Kedua-dua mangsa dilaporkan selamat.

"Parit berkenaan bersaiz 10 kaki lebar dan kedalaman sembilan kaki," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!