KPLB komited bantu penduduk luar bandar

Abd Latiff ( tengah) menyampaikan replika Warung Desa@ KPLB kepada salah penerima bantuan di MRSM Mersing pada Ahad.
Abd Latiff ( tengah) menyampaikan replika Warung Desa@ KPLB kepada salah penerima bantuan di MRSM Mersing pada Ahad.
A
A
A

MERSING - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus memainkan peranannya merancang dan melaksanakan pembangunan bersepadu melalui pelbagai program komprehensif serta mampu meningkat tahap kualiti dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Program Bantuan Warung Desa@KPLB serta kursus guntingan dan dandanan rambut adalah antara program yang memberi impak positif dalam usaha meningkatkan pendapa-tan masyarakat luar bandar.

Majlis pelancaran dan penyampaian sijil kepada peserta untuk kedua-dua program itu berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing pada Ahad yang disempurnakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan; Ketua Pengarah Risda, Abdullah Zainal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alawiyah Talib.

Lebih menarik, pelancaran Warung Desa@ KPLB dilancarkan serentak secara maya di empat lokasi lain iaitu di Raub, Pahang; Lawas, Sarawak; Pagoh, Johor dan Gua Musang, Kelantan.

Abd Latiff (dua dari kanan) melancarkan Warung Desa@KPLB serentak di empat lokasi lain secara maya di MRSM Mersing pada Ahad.
Abd Latiff (dua dari kanan) melancarkan Warung Desa@KPLB serentak di empat lokasi lain secara maya di MRSM Mersing pada Ahad.

Sementara itu, Abd Latiff berkata, kementeriannya menyasarkan sebanyak 1,000 Warung Desa@KPLB di seluruh Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, dianggarkan sebanyak 200 warung dapat dilaksanakan pada setiap tahun dengan peruntukan kira-kira RM10 juta.

Artikel Berkaitan:

“KPLB membantu penduduk luar bandar meningkatkan pendapatan mereka menerusi program peningka-tan pendapatan yang dinamakan sebagai Warung Desa@KPLB.

“Agensi- agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) atau Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) boleh turut serta dalam program seumpama ini supaya langkah meningkatkan keupayaan dan ketrampilan usahawan desa dapat dicapai,” katanya.

Ahli Parlimen Mersing itu berkata, WarungDesa@KPLB adalah salah satu program di bawah program peningkatan pendapatan (PPP) yang merupakan sebahagian program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.

Menurutnya, PPP adalah program pemberian bantuan peralatan dan lati-han kepada kumpulan B40 di luar bandar bagi meningkatkan pendapatan semasa, seterusnya membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan.

“Warung Desa@KPLB bertujuan membantu usahawan luar bandar menyediakan premis yang lebih kondusif untuk meneruskan perniagaan, meningkatkan produktiviti, hasil jualan pendapatan dan taraf hidup peserta ke tahap yang lebih baik serta selesa, seterusnya membangunkan ekonomi luar bandar.

“KPLB berharap program Warung Desa@ KPLB akan dapat diteruskan di bawah RMK12 bagi tempoh 2021 hingga 2025.

“Saya amat berharap agar segala perancangan dan pelaksanaan program ini berjalan lancar bagi memastikan agenda luar bandar sejahtera dapat direalisasikan.

“Semoga pelaksanaan program ini benar- benar dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasar iaitu masyarakat luar bandar,” kata beliau.

Tingkat kemahiran kendiri belia

Seramai 15 belia orang asli daripada empat perkampungan di sekitar Mersing menerima sijil kursus guntingan dan dandanan rambut.

Kursus selama tiga hari di Teluk Gorek yang berakhir pada Ahad diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran kendiri masyarakat orang asli.

Abd Latiff berkata, kemahiran yang diperoleh itu dapat digunakan peserta untuk menambah pendapatan dan mempelbagaikan punca pendapatan masyarakat orang asli, selain sektor pertanian, penternakan dan perladangan.

“Peserta-peserta terdiri daripada belia dari Kampung Orang Asli Labong, Kampung Tewowoh, Kampung Tanjung Tuan dan Kampung Orang Asli Tanah Abang.

“Mereka menghadiri kursus selama tiga hari di Telok Gorek, Mersing. Selain ilmu dan kemahiran, peserta turut dibekalkan dengan peralatan menggunting serta dandanan rambut,” katanya.

Abd Latiff berharap, peserta juga dapat menyumbang khidmat kepada masyarakat orang asli dan sentiasa berusaha untuk menjadi seorang usahawan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan salah satu kementerian yang turut terlibat dalam program pendidikan dan latihan teknik dan vokasional ( TVET) di Malaysia.

Menurutnya, penekanan TVET dizahirkan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 di bawah Teras 5 iaitu Keunggulan Generasi Belia Luar Bandar dengan tumpuan adalah untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama belia luar bandar.

“Di bawah KPLB, terdapat 276 institusi latihan TVET yang menawarkan pelbagai program daripada peringkat sijil hingga peringkat profesional. Daripada jumlah itu, 231 buah daripadanya merupakan institusi GiatMara.

“Pusat- pusat latihan GiatMara menawarkan 12 kluster kursus termasuk Komputer dan Jaringan Teknologi Elektronik Mekatronik, Hairdressing dan Cosmotology, Hospitaliti, Senibina dan lain-lain,” katanya.

Peserta kursus guntingan dan dandanan rambut yang terdiri daripada belia masyarakat orang asli.
Peserta kursus guntingan dan dandanan rambut yang terdiri daripada belia masyarakat orang asli.

Sementara itu, suri rumah, Suzana Sapie, 19, dari Kampung Bahagia Mersing berkata, dia berniaga ice blended dan burger secara kecil-kecilan di depan rumah.

"Cuma buka warung pacak sahaja dengan hasil jualan sehari dianggarkan RM40. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP), jualan merosot 50 peratus. Saya mencari pendapatan sampingan dengan menjual biskut dan menjadi ejen secara online," katanya.

Menurutnya, dia bersyukur saya menerima warung baharu dan dapat membantu suaminya, Mohd Khairuddin Jaferdin, 21, mencari rezeki dan membesarkan mereka yang berusia dua bulan.

Ibu tunggal, Junaidah Apandi, 38, dari Taman Seri Mersing pula berkata, sudah dua tahun dia menjual ais kepal, air batu campur (ABC) dan keropok di depan rumahnya dan menerima hasil jualan sebanyak RM200.

"Perniagaan kecil-kecilan dapat membantu saya mencari rezeki, selain bekerja sebagai Pembantu Tabika Kemas. Warung baharu yang diberikan sangat cantik dan dapat bantu tingkatkan jualan. Ini rezeki tiga orang anak saya berusia lapan hingga 14 tahun," katanya.

Anuar Kalid, 22, dari Kampung Orang Asli Labong berkata, sepanjang tempoh kursus selama tiga hari, dia mempelajari teknik menggunting dan mendandan rambut.

"Saya memang berminat dengan pekerjaan menggunting rambut. Bila ditawarkan kursus sebegini, saya teruja untuk turut serta. Tenaga pengajar sangat baik dan memberi tunjuk ajar kepada saya serta rakan-rakan sebagai asas kepada kami untuk menjadi seorang tukang gunting rambut," katanya.

Penerima bantuan program Warung Desa@KPLB di MRSM Mersing.
Penerima bantuan program Warung Desa@KPLB di MRSM Mersing.

Mengulas mengenai inisiatif itu, pengajar kursus guntingan dan dandanan rambut, Badariah Mihat berkata, belia orang asli yang menyertai kursus gunting dan dandanan rambut

sangat teruja dan gembira kerana mereka dapat belajar sesuatu yang baharu.

Katanya, mereka juga banyak bertanya sepanjang kursus yang diadakan selama tiga hari dan beliau melihat ada potensi dalam kalangan peserta kursus untuk berjaya menjadi tukang gunting rambut dan meraih pendapatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!