Facebook Sultan Johor cecah satu juta pengikut
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah yang pertama dalam kalangan Raja-raja Melayu mempunyai satu juta pengikut dalam Facebook rasmi baginda.
Angka berkenaan dicapai pada pada jam 8.37 pagi ini.
Laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut mempunyai 898,159 'likes' pada ketika ini.
Daripada jumlah itu, 321,118 pengikut dari Johor diikuti Kuala Lumpur (103,745) dan Singapura (46,585).
Facebook Sultan Johor itu yang mula beroperasi sejak 31 Mei 2015 turut menunjukkan majoriti pengikut baginda adalah golongan lelaki (59 peratus) yang kebanyakannya dalam kategori umur 25 hingga 34 tahun (40 peratus).
Laman Facebook baginda memaparkan pelbagai pengisian berguna di samping maklumat-maklumat tentang aktiviti serta program baginda yang bertujuan memaklumkan dan mendidik rakyat akan peranan baginda sebagai Sultan Johor.
Pengisian dikongsi dalam bentuk berita, gambar serta video.
Baginda juga mempunyai ikutan yang ramai di Instagram serta YouTube.
Populariti Sultan Johor meningkat dari masa ke masa hasil perkongsian baginda mengenai perihal rasmi serta perkongsian istimewa hobi-hobi baginda seperti memasak dan bersukan.
Halaman itu bukan sahaja menyiarkan pelbagai aktiviti serta sumbangan mengenai Sultan Ibrahim dan keluarga Diraja Johor, malah menjadi ruangan yang membolehkan rakyat turut menyampaikan pandangan atau idea mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!