Lelaki maut 'mesin steamer' meletup di pasar raya

Seorang pekerja penyelenggaraan maut akibat letupan gas pada 'mesin steamer' yang sedang diselenggaranya dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ulu Tiram. Foto Ihsan Bomba.
Seorang pekerja penyelenggaraan maut akibat letupan gas pada 'mesin steamer' yang sedang diselenggaranya dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ulu Tiram. Foto Ihsan Bomba.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja penyelenggaraan maut akibat letupan gas pada 'mesin steamer' yang sedang diselenggaranya dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ulu Tiram dekat sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II, Kilok Anak Lampas berkata, bomba menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa pekerja lelaki itu, Ong Kim Hin, 52, pada jam 11.35 pagi.

“Enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tebrau dan Larkin dengan kekuatan 25 anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semasa kejadian, hanya mangsa sahaja yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan itu dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Bomba bertindak membuat pemantauan bagi memastikan kawasan berkenaan selamat dan tidak berbahaya sebelum operasi di kawasan itu ditamatkan pada jam 12.24 tengah hari,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!