Widad, Rinani bekerjasama pasarkan vaksin Covid-19 di Malaysia

Widad bekerjasama dengan Rinani bagi pengedaran, pemasaran dan penjualan vaksin Covid-19, Vxa-Cov2-1 di Malaysia. (Gambar hiasan)
Widad bekerjasama dengan Rinani bagi pengedaran, pemasaran dan penjualan vaksin Covid-19, Vxa-Cov2-1 di Malaysia. (Gambar hiasan)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Widad Group Bhd telah bekerjasama dengan Rinani Dynamic Sdn Bhd bagi pengedaran, pemasaran dan penjualan vaksin Covid-19 yang dikenali sebagai Vxa-Cov2-1 dan produk lain yang dibangunkan oleh Vaxart Inc di Malaysia.

Vaxart Inc ialah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Widad berkata, ia telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Rinani, yang terlibat dalam perniagaan khidmat nasihat pelaburan dan aktiviti perundingan pengurusan yang lain.

Widad berkata, Rinani pada 29 November telah dilantik oleh Majoriti Global Limited yang berpangkalan di Hong Kong sebagai rakan eksklusifnya di Malaysia bagi membentangkan, berbincang dan berunding dengan pihak berkuasa dan pihak berkaitan berkenaan terma dan syarat bagi ujian, penilaian, lokasi pasaran, kontrak, pembiayaan dan pembelian vaksin dan produk lain di Malaysia.

“Walaupun Widad mungkin tidak mempunyai pengalaman sebelum ini untuk melaksanakan pengagihan vaksin, Widad akan mengupah pegawai penting yang berpengalaman luas bagi mengurangkan risiko dalam masa terdekat," katanya.

Widad berkata, MoC akan berkuatkuasa untuk tempoh setahun selepas pelaksanaan oleh kedua-dua pihak dan mungkin boleh dilanjutkan oleh kedua-dua pihak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!