Pemancing dikhuatiri lemas ketika tarik bot hanyut

Anggota bomba melakukan pencarian seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut untuk menarik botnya yang hanyut di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang hari ini.
Anggota bomba melakukan pencarian seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut untuk menarik botnya yang hanyut di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menarik botnya yang hanyut ketika memancing bersama-sama rakannya berhampiran Markas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Tanjung Langsat di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 2.37 petang, Fazudin Azuardi Ismadi, 33, bersama rakannya memancing di atas sebuah rumah rakit sebelum menyedari bot yang dinaiki mereka hanyut kerana ikatan pada tiang di rumah rakit itu terlucut.

Mangsa dikatakan terjun ke dalam laut untuk menarik semula bot berkenaan, namun tidak timbul lagi selepas itu.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dengan satu jentera Fire Rescue Team (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), satu Toyota Hilux serta satu bot aluminium dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, operasi mencari dan menyelamat menggunakan sebuah bot pada jarak satu kilometer di sekitar rumah rakit tersebut.

"Sehingga lewat petang ini operasi masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!