Kehilangan besar kepada negara: Agong
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang meninggal dunia petang Selasa.
Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara.
"Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada negara," menurut Istana Negara dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya malam Selasa.
Hantaran itu turut menyatakan Seri Paduka Baginda dan Permaisuri menitipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Perginya lagenda pendidikan negara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!