'Saya akan letak jawatan'

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan terus menjadi penyokong setia skuad The Bos Gaurus walaupun selepas melepaskan jawatannya.

Ahmad Faizal berkata, beliau juga bersedia membantu menyumbang idea dan pendapat kepada kepimpinan pengurusan PAFA yang akan diterajui oleh presiden baharu nanti.

“Saya akan letak jawatan. Itu pasti... cuma (saya) tunggu selepas habis Sidang DUN (Dewan Undangan Negeri Perak).

“Saya tetap akan jadi penyokong setia The Bos Gaurus dan saya akan ke stadium jika berkesempatan. Saya akan memberi komitmen dan sokongan kepada presiden baharu untuk memperkuatkan pasukan.

“Malah, saya sedia membantu untuk mempersiapkan Perak FC sebagai sebuah kelab bola sepak yang boleh menjana pendapatan kepada pasukan,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Selasa.

Tinggal kenangan. Ahmad Faizal (barisan depan, lima dari kanan) bergambar bersama para pemain dan pegawai skuad The Bos Gaurus di Stadium Perak, Ipoh pada 27 Ogos lalu.
Tinggal kenangan. Ahmad Faizal (barisan depan, lima dari kanan) bergambar bersama para pemain dan pegawai skuad The Bos Gaurus di Stadium Perak, Ipoh pada 27 Ogos lalu.

Ahmad Faizal memberitahu, Perak FC yang kekal dibimbing Mehmet Durakovic dibentuk sebagai sebuah pasukan mantap untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

“Sebenarnya sejak tahun 2020 ini lagi kita mempunyai pasukan yang cukup mantap tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), latihan tidak berapa bagus dan mereka (para pemain Perak) hilang kecergasan.

Artikel Berkaitan:

“Saya rasa dengan pemain baharu yang telah kita tandatangani, saya amat yakin pasukan ini akan berikan saingan sengit dalam kancah liga. Saya boleh katakan Perak sekarang akan berada pada kedudukan empat terbaik dalam bola sepak negara,” jelasnya.

Pada masa sama, Ahmad Faizal turut menjelaskan beberapa perubahan telah dilakukan dalam badan induk bola sepak itu sejak beliau memegang tampuk kepimpinan PAFA.

“Satu perkara sebelum saya jadi presiden atau sewaktu saya jadi presiden, saya nampak perbelanjaan pasukan terlalu besar. Jadi antara perkara penting yang kita cuba buat waktu itu adalah menurunkan overhead dan kita berjaya lakukannya.

“Saya turut bangga sejak saya jadi Menteri Besar, langsung saya tidak gunakan duit kerajaan negeri. Satu sen pun (tidak digunakan) untuk bola sepak kecuali daripada GLC (syarikat berkaitan kerajaan) tetapi itu pun tahun demi tahun kita kurangkan.

“Kita ambil daripada tajaan sahaja. Alhamdulillah semuanya baik. Semoga selepas ini akan lebih banyak tajaan dan Perak FC dapat menjana pendapatan sendiri serta menjadi sebuah kelab yang benar-benar profesional,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!