MAIPk perkenal Shopee, medium baharu bayar zakat

MAIPk perkenal medium baharu bagi pembayaran zakat iaitu melalui aplikasi Shopee.
MAIPk perkenal medium baharu bagi pembayaran zakat iaitu melalui aplikasi Shopee.
A
A
A

IPOH - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperkenalkan medium baharu bagi pembayaran zakat iaitu melalui aplikasi Shopee.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Azam Shaari berkata, pembayaran kaedah itu boleh digunakan mulai Jumaat ini melalui dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan dalam talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.

Menurutnya, pelantikan medium bayaran zakat melalui platform e-dagang Shopee itu seiring dengan perkembangan terkini yang mana masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.

"MAIPk sentiasa komited memperkasakan khidmat pelanggan bagi memudahkan pembayaran zakat dan dalam tempoh negara masih lagi terhad pergerakan akibat pandemik Covid-19, transaksi dalam talian adalah pilihan yang lebih selamat.

"Orang ramai terutama umat Islam di Perak boleh membayar zakat menerusi aplikasi Shopee mulai 18 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrul Azam Shaari
Shahrul Azam Shaari

Beliau berkata, bayaran berkenaan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah mudah melalui ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee.

Katanya, bagi merancakkan kempen bayaran zakat, Shopee juga akan menawarkan 200 syiling Shopee kepada 1,000 pembayar zakat terawal yang akan dipilih setiap hari bermula pada 22 Disember hingga 31 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

"Kerjasama ini akan memberi kemudahan kepada ramai pengguna Shopee yang beragama Islam untuk melaksanakan ibadah zakat.

"Hasil kutipan zakat ini seterusnya akan diagihkan dan memanfaatkan golongan asnaf," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!