Air laut surut besar

Penduduk Kampung Sapar Sabtu, 53, menunjukkan seekor anak udang kara yang diperolehi di pantai Kampung Sg Miri susulan air laut surut besar di sekitar pesisir pantai ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama -
Penduduk Kampung Sapar Sabtu, 53, menunjukkan seekor anak udang kara yang diperolehi di pantai Kampung Sg Miri susulan air laut surut besar di sekitar pesisir pantai ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama -
A
A
A

LABUAN - Penduduk Kampung Sapar Sabtu, 53, menunjukkan seekor anak udang kara yang diperolehi di pantai Kampung Sg Miri susulan air laut surut besar di sekitar pesisir pantai ketika tinjauan hari ini.

Mencari hidupan laut dan ikan kecil ketika air surut adalah amalan biasa dan menjadi sebahagian aktiviti riadah menyeronokkan bagi penduduk setempat dan pengunjung pantai pulau ini.

Aktiviti ini biasanya dilakukan dengan menggunakan penyiut ikan sambil berjalan di sekitar kawasan air cetek, ketika musim air laut surut besar sepanjang pantai dan laut.

Hasil seperti ikan nemo dan anak udang kara yang diperolehi biasanya untuk dijadikan hidupan peliharaan bagi penggemar ikan akuarium.

Disamping menjadi aktiviti riadah dalam masyarakat tempatan di Labuan, aktiviti musim surut ini juga menjadi salah satu produk pelancongan homestay yang ditawarkan kepada pelancong luar negara yang melancong di pulau ini, sambil menikmati pemandangan indah pantai dan Laut China Selatan. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan

No Image Caption
GALERI

Pulang Bercuti

No Image Caption
GALERI

Koleksi Kupu-kupu

No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan