Tun M, Anwar hadir rumah terbuka Tahun Baharu Cina


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Wisma Chinese Chamber hari ini.
Turut hadir Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew Gek dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Wisma Chinese Chamber hari ini. Turut hadir Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew Gek dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 10.40 pagi dengan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, segak berkemeja berwarna merah, disambut Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Majlis yang dianjurkan oleh Guan Eng dan NCCIM itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara yang hadir pada majlis itu Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kabinet lain serta Duta China ke Malaysia, Bai Tian dan Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia Vicki Treadell.

Majlis yang bermula pukul10 pagi itu dihadiri ribuan tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bersama tetamu kehormat lain turut menggaul 'yee sang', acara tradisi masyarakat Tionghua yang melambangkan nasib baik, kemakmuran dan segala perkara yang menguntungkan.

Sementara itu, Guan Eng dalam ucapannya berkata rumah terbuka itu diadakan dengan suasana yang sangat muhibbah kerana dianjurkan secara bersama dewan perniagaan yang mewakili kaum Cina, India dan Melayu.

Katanya, muhibbah antara kaum itu adalah watak yang dibawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga yakin dengan perpaduan rakyat kita akan mencapai pembangunan ekonomi mampan.

“Marilah kita tunjuk yang rakyat Malaysia boleh bangkit semula supaya negara boleh dikenali sebagai harimau ekonomi Asia,” katanya.

Pada majlis itu, hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!