Perlombongan REE ancam tiga kali ganda keselamatan air: PBAPP

Datuk Ir Jaseni Maidinsa
Datuk Ir Jaseni Maidinsa
A
A
A

GEORGETOWN - Perlombongan mineral 'rare earth elements' (REE) di kawasan tadahan air Ulu Muda di Kedah akan mengancam tiga kali ganda keselamatan bekalan air di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, ancaman perlombongan REE di kawasan tadahan air terpenting di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar.

Menurutnya, perlombongan REE bernilai RM60 bilion pasti akan melibatkan pembukaan tanah berskala besar dan penebangan pokok untuk menjalankan operasi perlombongan di persekitaran hutan hujan yang asli.

"Operasi perlombongan untuk mengekstrak dan memproses REE akan menyebabkan pencemaran serta menghasilkan sisa yang akan meresap ke dalam tanah dan air bawah tanah yang berdekatan.

"Selain itu, perlombongan dan pengekstrakan REE akan menyebabkan bahan kimia toksik dan rawatan pelogaman untuk memisahkan REE dari tanah yang digali termasuk mandian asid dan kolam pencucian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Mineral bernilai RM60 bilion diteroka di Kedah

Penduduk harap mampu nikmati hasil REE

Peka kesal Kedah bakal teroka REE di hutan simpan

Jaseni berkata, bila hujan toksin dan bahan kimia pula akan mengalir ke ke dalam Sungai Muda dan anak sungai sekitarnya.

"Perlombongan REE di Ulu Muda merupakan ancaman yang lebih berbahaya bagi keselamatan bekalan air di NCER daripada pembalakan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!