West Brom pecat Bilic

BILIC
BILIC
A
A
A

PENGENDALI West Bromwich Albion, Slaven Bilic muncul sebagai pengendali pertama dipecat daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Keputusan pemecatan itu dibuat berpunca daripada prestasi buruk West Brom yang kini menghuni tangga kedua tercorot liga.

Selepas mengharungi 13 perlawanan setakat ini, anak-anak buah Bilic sekadar merekodkan satu kemenangan, empat seri dan lapan kekalahan.

“West Bromwich Albion mengucapkan terima kasih kepada Bilic atas sumbangannya bersama pasukan. Penolong jurulatih, Dean Racunica dan Danilo Butorovic juga meninggalkan pasukan ini berkuat kuasa serta-merta,” menurut kenyataan West Brom sebentar tadi.

Tugas terakhir Bilic adalah ketika West Brom berjaya mengikat Manchester City 1- di Stadium Etihad awal pagi Rabu. Ia dianggap ‘majlis perpisahan’ Bilic kepada penyokong dan peminat West Brom selepas dia mula dilantik mengendalikan The Baggies sejak Jun 2019.

Kekosongan tempat yang ditinggalkan Bilic menyaksikan bekas pengendali England, Sam Allardyce disebut-sebut sebagai calon pengurus baharu West Brom.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!