Kepala budak tersepit jeriji pintu
SERDANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila kepalanya tersepit pada jeriji pintu dalam kejadian di Taman Puncak Jalil di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 1.43 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Serdang diketuai Komander Operasi, PBK II Husain Hasan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, ketika sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 2.05 petang, mangsa dilihat dalam keadaan tersangkut pada pintu jeriji berkenaan.
"Anggota penyelamat menggunakan peralatan khas bagi memotong jeriji tersebut bagi membolehkan kepala kanak-kanak itu dikeluarkan dalam keadaan selamat.
"Mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan, " katanya di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!