Muhyiddin luang masa lawat Tun Rahah
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa untuk menziarahi Tun Rahah Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
"Sama-samalah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar Tun Rahah yang merupakan balu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga bonda Datuk Seri Najib diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan. Amin," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Menerusi hantaran tersebut, terdapat dua keping gambar yang menunjukkan Muhyiddin bersama dengan Najib dan Datuk Seri Nazir Tun Abdul Razak.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!