[VIDEO] Pengarah strategik parti ‘tutup mulut’

Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) ‘menutup mulut’ ketika ditanya mengenai hala tuju pembangkang selepas kegagalan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam undian Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat.

Antara yang enggan memberikan komen ialah Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.

“Tiada komen. Terima kasih,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Selain itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Zin turut mengunci mulut.

“Saya tiada komen mengenai perkara itu, minta maaf,” katanya.

Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan, beliau tidak diizinkan menjawab soalan terbabit.

“Saya tak diizinkan menjawab soalan-soalan itu sebab ia akan dijawab Presiden dalam konvensyen. Berbanyak maaf ya,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu menggesa agar PH tidak membuang masa dengan ahli Parlimen oportunis.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR nafi timbul masalah dalam PH

PH perlu anjakan politik baharu


Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!