Realmeow cetus rekaan trend baharu

Realmeow merupakan maskot mainan baharu realme.
Realmeow merupakan maskot mainan baharu realme.
A
A
A

JENAMA telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, realme mengumumkan rekaan maskot mainan baharunya, realmeow bagi mendemokrasikan budaya pembawa trend baharu Selain mempamerkan keperibadian Gen-Z yang pelbagai.

Menurut kenyataan akhbar realme pada Rabu, sebagai rekaan mainan pertama yang dilancarkan syarikat teknologi, realmeow adalah gabungan kedua-dua reka bentuk teknologi tinggi dan pembawa arus.

Katanya, rekaan realmeow dirancang pereka realme bersama pereka animasi terkenal yang juga Pengarah Animator Pixar's Finding Nemo serta pengembang karakter Pixar'sMonsters, Inc, Mark A Walsh.

Menurutnya, realmeow turut menonjolkan rekaan gaya kucing yang bebas, berani, 'trendy' serta mewakili semangat 'Dare toLeap'.

"Sebagai 'tech trendsetter', realme komited untuk membawa budaya terkini ke dalam industri teknologi, menggabungkan budaya dengan teknologi tinggi dan mendemokrasikannya.

"Semasa merancang realmeow, Mark dan realme percaya bahawa ia harus menunjukkan budaya yang disukai oleh golongan muda.

Realmeow rekaan mainan baharu yang memiliki ciri-ciri bebas, berani, 'trendy' serta mewakili semangat 'Dare toLeap'.
Realmeow rekaan mainan baharu yang memiliki ciri-ciri bebas, berani, 'trendy' serta mewakili semangat 'Dare toLeap'.

"Oleh itu, mereka mendapat inspirasi dari budaya jalanan, tetapi untuk menjadikannya lebih estetik dan terang, mereka meletakkan beberapa elemen dari lukisan dan patung," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu lagi, realme percaya mainan rekaan eksklusif itu adalah medium yang sangat baik untuk membuat lebih ramai orang tahu dan menyukai budaya pembawa arus berkenaan.

Katanya, dengan menerapkan kepercayaan 'Dare-to-Leap' serta trend budaya, realmeow akan menjadi identiti budaya di kalangan peminat industri.

"Ia juga ditonjolkan sebagai ikon keinginan anak muda untuk terus maju ke hadapan, kreatif dan mempunyai keperibadian unik terutama bagi memenuhi permintaan fesyen dan kualiti.

"Ia usaha menerokai budaya dan menetapkan trend dengan golongan muda serta berkongsi maklumat trend terkini. Realme juga bakal melancarkan pakej hadiah realmeow edisi terhad untuk meraikan tahun baharu di seluruh dunia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!