Paderi OKU didakwa cabul dua lelaki

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth hari ini bagi dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth hari ini bagi dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang paderi orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak warga Korea berdepan dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017 di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh, Jee Jong-hoon, 54, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap dua lelaki yang kini berusia 28 dan 27 tahun dengan niat mencabul kehormatan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik di Apartmen Seri Cemerlang, Kampung Paya, Butterworth pada jam 12.20 tengah malam, Oktober 2013 dan jam 11 malam hingga 1 pagi pada Julai 2017.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ketiadaan juru bahasa Korea dan juru bahasa isyarat antarabangsa bagi membaca kedua-dua pertuduhan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam G Shanmugam dan Adlin Farhana.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman.

Majistret M Kalaiarasi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua penjamin.

Mahkamah menetapkan 18 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi penyediaan jurubahasa isyarat antarabangsa dari Istana Kehakiman, Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan kedua-dua mangsa juga merupakan OKU pekak dan bisu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima enam laporan kes cabul OKU babit paderi warga asing

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!