Pembunuh bersiri Itali mati dalam penjara akibat Covid-19
MOSCOW - Pembunuh bersiri terkenal Itali, Donato Bilancia meninggal dunia dalam penjara kerana dijangkiti Covid-19, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik media tempatan.
Bilancia, 69, meninggal dunia pada Khamis di sebuah pusat tahanan di bandar Padua, utara Itali, lapor akhbar Corriere Della Sera.
Dia mengaku membunuh 17 orang antara Oktober 1997 hingga Mei 1998.
Pada April 2000, dia dijatuhi 13 hukuman penjara seumur hidup. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!