Lelaki cipta topeng muka 3D
TOKYO - Seorang lelaki mencipta topeng muka manusia dengan harga 700 pound sterling (kira-kira RM3,826).
Shuhei Okawara, dari Tokyo mencetak topeng itu dengan menggunakan pencetak 3 Dimensi (3D), lapor Daily Mail.
Dia juga mencipta wajahnya sendiri dan membuat lebih 100 gambar dengan membayar 300 pound sterling (kira-kira RM1,639) kepada si pemilik.
Artis ini mengatakan bahawa dia akan membayar royalti kepada sesiapa yang wajahnya popular.
Dia berkata, apa yang dilakukannya adalah sesuatu menyeronokkan.
Topeng ini akan mula dijual pada awal tahun hadapan di kedai Kamenya Omote, Tokyo yang mana terkenal dengan menjual produk sebagai aksesori untuk pesta dan persembahan teater.
Ketika ditanya, adakah permintaan untuk topeng muka akan laris, kata Okawara, ia bergantung kepada keadaan semasa.
"Seperti berlaku di kedai saya, tidak ramai orang membeli (topeng muka) untuk tujuan tertentu tetapi kebanyakan mereka melihat produk ini sebagai karya seni," kata Okawara.
Bagaimanapun, topeng muka khas itu tidak kalis jangkitan Covid-19 tetapi ia memberi penampilan seseorang itu berbeza ketika memakainya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!