Covid-19: EU tarik balik larangan perjalanan 7 negara

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

BRUSSELS - Negara Kesatuan Eropah (EU) mula membuka semula sempadannya untuk beberapa negara selepas ia ditutup ekoran penularan Covid-19 pada Mac lalu.

Menurut laporan Agensi Anadolu, Majlis Eropah telah mengemas kini senarai nama negara dan mengeluarkan versi terbaru, sejak kali terakhir ia dikemas kini 22 Oktober lalu.

Antara negara yang tersenarai ialah Australia, Jepun, New Zealand, Rwanda, Singapura, Korea Selatan dan Thailand.

Sempadan juga akan dibuka untuk China jika negara EU memberikan permit kebenaran perjalanan kepada rakyat negara ini.

Negara yang tidak tersenarai bermakna sekatan perjalanan masih berterusan termasuk United Kingdom, bagaimanapun, senarai itu akan dikemas kini semula berdasarkan situasi semasa Covid-19.

Pada Mac, EU turut mengenakan sekatan perjalanan tidak wajib terhadap 27 negara anggota serta Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland untuk mengekang penularan wabak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!