Solksjaer bangga Aksi Pogba

Aksi Pogba (kiri), pada perlawanan berkenaan.
Aksi Pogba (kiri), pada perlawanan berkenaan.
A
A
A

AKSI cemerlang yang dipamerkan Paul Pogba ketika membantu kemenangan 3-2 Manchester United ketika berdepan Sheffield United di Bramall Lane awal pagi Jumaat, nyata membanggakan pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut Solskjaer, kecemerlangan berkenaan turut membuktikan bahawa penyerang kelahiran Perancis itu sebagai salah seorang pemain ‘penting’ bagi United musim ini.

Sekali gus, ia turut mempengaruhi keputusan samada untuk mengekalkan khidmat Pogba di Old Trafford atau tidak setelah pemain berkenaan dikaitkan dengan perpindahan daripada saingan EPL.

“Kita telah buat keputusan. Sudah tentu, kita tahu dia kekuatannya (Pogba) adalah di udara dan seringkali memenangi perebutan di udara.

“Selain itu, dia juga punya visi, kreaktiviti dan dia kini berada dalam keadaanyang terbaik.,” katanya.

“Oleh itu, kita tahu dia akan jadi menjadi pemain yang penting bagi kita,” katanya.

Kecemerlangan Pogba bagi membantu kemenangan United itu turut mencatatkan rekod tersendiri apabila muncul pasukan keempat dalam sejarah bola sepak Inggeris yang mencatatkan kemenangan 10 kali berturut-turut di gelanggang lawan.

Sementara itu Solskjaer turut berharap agar trio Marcus Rashford Anthony Martial dan Mason Greenwood dapat meningkatkan lagi persembahan mereka menjelang aksi Liga Perdana Inggeris berdepan Leeds United, awal pagi Ahad nanti.

Artikel Berkaitan:

“Mereka telah membuktikan kebolehan mereka dan sekarang apa yang kita perlukan mereka untuk terus konsisten.

“Konsisten juga akan membantu mereka untuk terus cemerlang dan seterusnya mula menjaringkan gol,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!