Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tun Rahah
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tun Rahah Mohamed Noah yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah yang merupakan balu kepada Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein dan berharap seluruh keluarga Rahah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut satu kenyataan menerusi Instagram Istana Negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah meninggal dunia
Allahyarhamah, yang juga ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggal dunia ketika dalam rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
Al-Sultan Abdullah berkesempatan berangkat menziarahi Allahyarhamah di hospital tersebut pada Khamis.
Rahah, 87, berkahwin dengan Abduk Razak pada 4 September 1952 dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Seri Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam serta Datuk Mohamed Nazim. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27, 28 Disember
23 Disember 2024 03:16pm'Musa akan terus bercakap, pertahankan negara dari ancaman'
23 Disember 2024 01:07pmPrabowo tidak sihat, pertemuan dengan Anwar ditangguhkan
23 Disember 2024 01:05pmPTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan
23 Disember 2024 12:44pmTake 5: Ambil masa seketika atasi stres
23 Disember 2024 12:30pmDitipu 'pegawai kerajaan' RM13,000, pemilik restoran sedekah makanan ditempah
22 Disember 2024 05:34pmSteven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
22 Disember 2024 08:33pmSultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada Setiausaha Kerajaan Pahang
22 Disember 2024 07:33pmThailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
22 Disember 2024 04:55pm