Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tun Rahah
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tun Rahah Mohamed Noah yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah yang merupakan balu kepada Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein dan berharap seluruh keluarga Rahah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut satu kenyataan menerusi Instagram Istana Negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah meninggal dunia
Allahyarhamah, yang juga ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggal dunia ketika dalam rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
Al-Sultan Abdullah berkesempatan berangkat menziarahi Allahyarhamah di hospital tersebut pada Khamis.
Rahah, 87, berkahwin dengan Abduk Razak pada 4 September 1952 dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Seri Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam serta Datuk Mohamed Nazim. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -KPN catat prestasi cemerlang
22 November 2024 10:55amCEO HRD Corp kembali bertugas, nama tidak disebut dalam laporan PAC
22 November 2024 10:38amDua jam solat Jumaat tidak jejas urus niaga, tingkat produktiviti
22 November 2024 07:40amMufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM
22 November 2024 12:09amPolis cari Siti Rohani
21 November 2024 01:48pm18 pegawai imigresen KLIA dibuang kerja
21 November 2024 04:44pm[VIDEO] 70 hingga 80 peratus kos perjalanan Anwar ke lima negara ditanggung syarikat swasta
21 November 2024 12:18pmPenjawat awam Johor terima bonus dua bulan gaji
21 November 2024 12:23pm