Hino Total Support Contest masuk tahun ketujuh penganjuran

Hino Motors Sales Malaysia (HMSM) Sdn Bhd
Hino Motors Sales Malaysia (HMSM) Sdn Bhd
A
A
A

PETALING JAYA - Hino Motors Sales Malaysia (HMSM) Sdn Bhd menganjurkan Hino Total Support Contest kali ketujuh bertemakan Transforming Virtual & Digital Technology to Enhance Hino Business & Dealer's Skill.

Pertandingan kali ini telah menarik 60 penyertaan daripada 10 syarikat pengedar sah Hino seluruh negara.

Pengarah Urusan HMSM, Atsushi Uchiyama berkata, HMSM mengambil inisiatif melalui pertandingan tersebut untuk mengadaptasi teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan perkhidmatan yang dilihat bertepatan dengan situasi Covid-19 tahun ini.

"Normal baharu menerusi perkhidmatan dalam talian dan secara virtual menjadi platform penting untuk berhubung dengan pelanggan.

"Kita tidak boleh ketinggalan, melalui tema yang dipilih ini kami berhasrat meningkatkan kemahiran pengedar Hino dalam menghadapi cabaran global penuh semangat untuk pelanggan kami, ” katanya dalam satu kenyataan.

Hino Total Support Contest dibahagikan kepada tiga kategori iaitu jualan, perkhidmatan dan alat ganti serta juara keseluruhan.

Setiap juara kategori akan membawa pulang wang tunai RM700 berserta pingat, diikuti naib johan 1 dan 2 sebanyak RM500 dan RM300 serta pingat.

Juara keseluruhan kali ini milik Lu&Son Engineering Sdn Bhd,Sarawak membawa pulang piala cabaran, piala dan wang RM3,000 diikuti naib juara 1 oleh Edaran Riz Sdn Bhd, Pahang dan naib juara 2 milik Soon Seng Enterprise (1998) Sdn Bhd, Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!